Thursday 14 November 2013

Bukan Hanya Sekadar Cerita

Assalamualaikum w.b.t..


Sedapnya cekodok ni.. Tiba-tiba rindu membuak-buak teringat kat rumah. Mendung-mendung, hujan-hujan camni memang sedap pekena cekodok panas-panas yang mak buat (sebenarnya kat rumah aku yang suka buat cekodok) sambil menghirup kopi 'O' panas.. huuummm...

Ok, kembali ke alam realiti.

Realitinya aku disini, diatas kerusi ini. Mengadap laptop. Alhamdulillah dah seminggu dapat internet percuma daripada celcom yang sepatutnya expired pada 8 November lepas. Ok, sekarang aku dah percaya cakap adik aku... hari tu bukan main lagi aku cakap dia menipu bila line broadband dia tak mati-mati.. =,= Sori brroooo...






Tiba-tiba ada gambar novel pulak.. hahaha... Aku baru je habis baca buku ni semalam. Ramlee Awang Murshid antara penulis kesukaan aku. Kalau nak dibandingkan jenis novel aku lebih suka novel genre Thriller daripada jenis yang Romantik. Apa yang dapat aku katakan setiap penulisan beliau selain daripada ilmu pasti ada sesuatu yang dapat kita fikirkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Aku mula meminati hasil tulisan Ramlee Awang Murshid beberapa tahun lepas semasa menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 1/siri 6 tahun 2009 selepas meminjam novel yang bertajuk Cinta Sang Ratu (Laksamana Sunan) daripada seorang rakan then lepas tu terus ikuti perkembangan cerita-cerita Laksamana Sunan.. Walaupun kadang-kadang fantasi mengatasi realiti tapi InsyaAllah tetap akan ada input yang berguna kerana ceritanya bukanlah hanya sekadar CINTA. :)

MAGIS

5 watak daripada novel-novel sebelum ini Laksamana Sunan (Bagaikan Puteri-Sunan Musafir), Ryu-Watanabe (Hatiku Di Harajuku), Mikhail (Mikhail), Carlos (Mandatori) dan Ejim (Tombiruo) yang telah terheret ke satu dunia Magis- dunia di hujung waktu, dunia di mana segala peradaban manusia telah terhakis, nafsu dan kuasa menjadi tunjang dan agama mula di lupakan. Dunia dimana manusia mementingkan keduniaan semata-mata. Kehidupan yang mengabdikan diri hanya kepada dunia seolah-olah mati itu tiada. Yang hak diperangi, yang batil disanjung-sanjung.. Hanya iman dan takwa yang mampu menyelamatkan segalanya.. 

Magis.. adakah sebuah mimpi?? Jika difikirkan banyak yang ingin disampaikan oleh penulis disitu..;)

Setiap yang hidup itu pasti akan mati, dan hari Kiamat itu pasti akan terjadi.

Wallahu'alam..



12 comments:

  1. setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.. semoga adik dah kembali sembuh dari penyakit misteri itu.. wah.. dah lama akak tak membaca novel, selalu baca cerpen saja.. ramai yang buat review mengenai novel ini, nampaknya akak kena beli dan baca sendiri juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang dah sihat akak selepas menjalani proses rawatan perubatan islam hari tu.. :) memang best dan patut baca akak.. hehe..

      Delete
  2. Lama dah x kesempatan utk membaca novel.. masa mmg x mengizinkan huhuu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak membaca memang perlukan mood dan masa.. :)

      Delete
  3. Huh, sekarang saya dalam misi kumpul semua novel Hlovate dulu. Lepas siap misi ni, baru teruskan misi kumpul novel Ramlee Awang Mursyid pulak. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masih dalam proses melengkapkan koleksi.. hehe..

      Delete
  4. banyak lagi novel RAM yg x baca lagi.. tapi so far sunan dan ejim dah baca dah.. so kalau nk baca novel ni, kena khatam yg lain dulu la.. baru feel.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Klau nk feel betul2 kna faham.hehe :D

      Delete