Wednesday, 25 December 2013

Bukit Gambang Water Park #2

Assalamualaikum w.b.t..


Seperti yang aku bagitau dalam entri semalam berlaku sedikit kemalangan kecil, setelah membayar di kaunter topup, kami ke kaunter penyewaan pelampung. Semasa mengangkat pelampung yang sememangnya besar daripada aku, tanpa aku sedari kaki kanan aku terpele'ot dan aku terjatuh sambil terduduk. Aduuhh.. sakit betul! 

Gambar- Google

Macam nilah keadaan kaki aku ketika terjatuh tu. Ambil masa jugalah nak bangun, ingatkan dah tak boleh bangun. Dalam keadaan terhincut-hincut aku cuba bangun. Nasib baiklah tidak ramai yang perasan kerana sedang sibuk dengan pelampung masing-masing. Lepas tu terus tak de mood.. hmm.. Tapi dah alang-alang datangkan, aku buat-buat selamba je lah. Disebabkan kejadiaan ni, jadi hilang terus mood aku nak bermain dan bergambar. Adeh! Tu lah kan tak berhati-hati lagi.

Kami keluar daripada water park tu lebih kurang pukul 4 petang dan menuju ke bandar Kuantan untuk siggah makan dan jalan-jalan, maklumlah tak makan lagi. Kat dalam Gambang Water Park tu tak dibenarkan membawa makanan dari luar, nak beli kat dalam tu harganya sedikit mahal dari biasa. Kami singgah di East Cost Mall Kuantan. Masa ni kaki aku dah terasa makin sakit, semasa solat zohor pun tak dapat nak duduk dengan betul, sebab bila bahagian kaki tu tertindih memang rasa sakit. Kami berpecah, dan aku berjalan dengan seorang kawan aku mencari-cari tempat makan untuk mengisi perut. Lastly decide untuk makan di The Chicken Rice Shop. 








Lepas makan, kitorang pusing-pusing jap, teman kawan aku nak survey handbag untuk hantaran kahwin dia nanti. Tak sedar dah masuk maghrib. Sepatutnya berkumpul naik bas pukul 7.30petang, tapi disebabkan surau agak penuh, kami terlewat. Memang konfemlah tak ditinggal sebab ada lagi yang lagi lewat. Bertolak balik Terengganu lebih kurang pukul 8 lebih jugalah. Dalam perjalanan kaki aku semakin sakit aku check tengok-tengok dah semakin membengkak. Hidung pula rasa tak selesa macam nak kena selesema. Sampai di Bukit Besi singgah makan lagi sebab ramai yang lapar. Sampai rumah dah nak dekat pukul 12 malam jugalah. Setelah membersihkan diri, aku sapu minyak gamat. Dah 2 hari jalan terhincut-hincut ni.. Sebenarnya hari ni plan nak ikut sepupu aku pergi Kuala Terengganu tapi tak jadi sebab kaki masih sakit.. ehehe..



45 comments:

  1. kesiannya terjatuh.. kaki dah okey ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cuai lagi.. belum lagi acik.. :)

      Delete
  2. Mmg sakit terseliuh mcm tu, lebih2 lagi dlm suasana nk berhibur mcm tu.. apapun, alhamdulillah.. masih terhibur juga walaupun sakit. Nak buat mcmmana kan.. dah nk jadi. Semoga wawa cepat sembuh ye.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. nasib baik dapat jalan juga. Kalau tak, tak pasal2 menyusahkan orang lain pula.. amiinn.. terima kasih en.khir..:)

      Delete
  3. gi berurut lah wawa..nanti ok lah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pegi lagi inani.. esok kot baru pergi.. :)

      Delete
    2. kita dulu pernah jugak kaki terseliuh gini.tak nak bagi kaki tu masuk angin letak halia dekat kaki & balut dgn kain :)

      Delete
    3. tak sempat nak bagi first aid masa jatuh tu.. hehe..lepas tu boleh pula pegi berendam dalam air.ish..

      Delete
  4. Tak gi urut kaki ke fatin?dah masuk angin memang ambil masa nak sembuh.. ..Walau kaki sakit tp makan tetap ada mood kan..semog cepat sembuh k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi PCL.. InsyaAllah esok pergi berurut. Alhamdulillah selera makan dengan tidur tak terganggu.. hehe. terima kasih PCL. :)

      Delete
  5. ada g klinik tak?
    tak elok kalau biarkan lama2. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pergi aisya.. ingat nak pergi berurut je..tak serius sangat kot sebab masih boleh berjalan cuma terhincut-hincut je sikit..:)

      Delete
  6. ish2.. smoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. lesat sekali makanan tu aku lihat... :)

    ReplyDelete
  8. alaaaa.... rindunya nak g gambang lagi..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa bolehlah pergi lagi..:)

      Delete
  9. aduh...sy pernah terseliuh macam tu ketika bersukan..memang sakit sangat..hopefully by now kesakitan itu dah hilang...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. masa kena tu rasa macam nak nangis..sakit. hukhuk.. Alhamdulillah..hari ni dah makin ok. :)

      Delete
  10. sakit tu kalau terseliuh.. elok jumpa doktor juga adik.. semoga cepat sembuh sakit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hari ni dah makin ok akak..:)

      Delete
  11. Adeh adeh T_T
    sakitnya tengok gambar tu huhuhuhu
    get well soon kak fatin wawa huuhuhu.
    dapnyeeeee naci ayam hehehee

    ReplyDelete
  12. Nasib baik masih boleh jalan kan...
    Tapi apa pun cuba la dapatkan nasihat dari pihak yang lebih pakar... Dr ke... tukang urut ke... sebab takut nanti dia menjadi lebih parah...

    Get well soon ye wawa...

    ReplyDelete
  13. bukit gambang..tringin nak p..tapi x ksempaian..
    mesti sakit kaki tu..itulah klau dah jadi mcm ni..
    memng mood akan spoil.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak reti nak ulas panjang2 macam dalam entri jalan2 sobri.. hehe.. InsyaAllah nanti mesti boleh perginya.. :)

      Delete
  14. Mcm kenal gmbr kaki tu..hehe...camne kaki..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh?ye ke..?main ambik je kat google. hehe.. da k dah sally. sakit sikit2 je lagi..:)

      Delete
    2. hehe...gmbr tu sally yg edit..hikhik...masa terseliuh jatuh kat tangga...hahahah...xpela...x kisah pun..

      take care kaki tu tau...urut-urut sikit :)

      Delete
    3. oh ye ke.. hehe.. tak perasan pula masa ambik tu..hehe.. thanks sally..:D

      Delete
  15. Hmm.. :/ Cepat sembuh la ye ^^

    ReplyDelete
  16. sakitnya. i pernah kena macam tu T_____T

    ReplyDelete
  17. laaa...sampai terseliuh haa...ada bengkak tak? sekarang dah ok dah wawa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua, tiga hari jugalah bengkak ika.. sekarang dah ok, tapi ada lagilah rasa sengal sikit2.. hehe..

      Delete
  18. seronok sangat ni sampai terseliuh kaki. orang kuantan ni sekali pun x penah jejak kaki kat gambang waterpark tu. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tulah excited sangat kot.. tak pe, orang kuantan dekat je.. bila2 masa je boleh pegi. hehe..

      Delete