Tuesday 17 December 2013

Komunikasi dua hala

Assalamualaikum w.b.t..






Bila bercakap pasal dua hala ni, bukan sahaja jalan dua hala yang kita perlukan untuk mengelakkan kesesakkan. Bayangkan anda berada di atas jalan satu hala, ada kenderaan yang mahu bergerak kehadapan, ada yang mahu ke kiri, ada yang mahu ke kanan, ada juga yang melawan arus, tidakkah menyesakkan? Ok, kita lupakan pasal traffic jam ni.. Berbalik kepada komunikasi. Tak semua orang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan cara yang efektif. Disebabkan aku tak suka nak jadi tunggul kayu bila bercakap maka terhasillah entri ni.

Sesiapapun pasti tidak suka apabila mereka sedang bercakap atau bertanya sesuatu tetapi tidak diendahkan. Adakah wujud dikalangan kita insan yang rasa bahagia apabila berlakunya situasi seperti ini? Jika anda merasa bahagia melalui situasi seperti ini, apa yang boleh aku katakan anda adalah insan istimewa. :D 




Understanding is the intersect to reveal and listen

Fahamkan gambar rajah diatas. Salah satu cara komunikasi yang efektif adalah mendengar apabila seseorang sedang bercakap atau memberitahu sesuatu kepada kita. Cuba fahamkan maksud yang ingin disampaikan untuk mengelakkan salah faham. Berikan penerangan yang senang untuk difahami dan elakkan daripada bercakap sesuatu yang tidak jelas dan pendirian umpama lalang sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Dalam dunia serba moden sekarang banyak medium yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi. Namun untuk sesetengah perkara yakni bila melibatkan sesuatu masalah ianya sukar untuk dibincangkan dengan menggunakan medium-medium rangkaian sosial kerana ini juga boleh menimbulkan salah faham. Contohnya apabila kita berbincang tentang sesuatu masalah dengan menggunakan SMS, berkemungkinan apa yang ingin kita sampaikan tidak difahami dengan jelas oleh si penerima. Lagipun berbincang masalah dengan menggunakan SMS mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Penyelesaiannya apa kata kita buat open table dan berjumpa secara bersemuka, berbincang elok-elok. Dengan ini kita dapat mengetaui status emosi individu tersebut. Jika tidak dinyatakan dengan jelas juga bukankah 'action speak louder than words'. 




Walau apa pun medium yang kita gunakan untuk berkomunikasi cubalah untuk mengelakkan daripada bercakap sesuatu yang ambiguous yakni tidak jelas dan menimbulkan persoalan kepada orang lain.


Macam emo pulak entri ni... kekeke.. eh, tak ada lah aku happy je. Maklumlah baru siap key in data 50 set soalan dalam SPSS. Backpain! =='

12 comments:

  1. 50set?? mak aiii.. byk nye..
    komunikasi mmg penting..
    kdg2 kita syok sendiri padahal pihak yg satu lagi tak paham ape yg kite smpikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ada mereka tak fokus atau cara penyampaian kita tak menarik kadang2 membuatkan orang bosan utk mendengar.Kalau didalam perbentangan mungkin ianya biasa tp bila melibatkan komunikasi yg hanya melibatkan kumpulan yg kecil obvious sgt nampaknya..hihi.

      Delete
  2. Mmg betul tu.. tp sy pernah berbual dgn org yg jenis "one way story".. cerita dia je dari mula smpi habis hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ini pun masalah juga. mungkin tak sempat kita buka mulut ckp pape, dia dah buka mulut dulu. hehe.. :D

      Delete
  3. sbb tu pha is lebih suka kalau orang komen kat entri. baru jadi komunikasi dua hala. pha is tulis entri, orang lain beri maklum balas (response) terhadap entri tu melalui komen.
    kalau x de orang komen, nmpak macam syok sendiri plak tulis entri. x syiok.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pha is.. pernah juga rasa macam tu dulu walaupun ada juga 'silent reader' yg sudi menjengah tapi ianya tak sama..

      Delete
  4. kalau pada saya, cara berkomunikasi bergantung kepada topik..kalau benda itu penting sy akan lebih suka cakap secara berdepan..kalau tak boleh nak jumpa sy akan call..texting bila tak ade option lain jer sbb sy takut orang salah faham bila baca text..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu strider..yang penting kena dgn caranya.. :)

      Delete
  5. Betul tu... bercakap lebih mudah untuk menyampaikan mesej daripada menulis... dah la lambat.. lepas tu bila baca dengan silap NADA... maksudnya dah jadi lain... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jauh sangat paling tak pun boleh buat webcam kan.. hehe..

      Delete
  6. komunikasi 2 hala lebih senang jika bersemuka.. jika melalui sms,emel atau telefon pasti ada yang akan salah faham..

    ReplyDelete