Saturday, 25 January 2014

Taman Tema Pertama Malaysia- Mimaland

Assalamualaikum w.b.t..



Pertama kali mendengar nama Mimaland ialah sewaktu aku dalam sem 5, berikutan terdapat banyak subjek yang berkaitan alam sekitar dan OSH yang perlu dipelajari. Tiba-tiba lecturer terbukak pulak cerita pasal Mimaland ni. Katanya dulu sebuah taman teman yang femes di Malaysia. Mungkin ada segelintir pembaca yang sempat berkunjung kesini. Taman tema ini sempat beroperasi dari tahun 1971-1994 dan akhirnya terpaksa ditutup ekoran daripada banyak berlakunya tragedi tanah runtuh dan  telah mengakibatkan kematian seorang warga Singapura suatu ketika dahulu.






Balik je kelas terus google pasal Mimaland. Kalau diikutkan tahun penutupan tu aku adalah dalam tiga tahun masa tu tapi Mimaland ni kat kawasan Gombak kan manalah nak sampai lagi kat sini masa tu. hehe.. Tiba-tiba hari ni teringat pula then terus buat entri ni.

Mimaland atau nama panjangnya Malaysia in Miniature Land merupakan taman tema yang popular dalam sekitar tahun 70-an dahulu. Mimaland ni dikatakan telah dibina berfasa-fasa. Fasa pertama yang siap dibina dalam tahun 70-an mengandungi 24 motel, 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Dalam fasa pertama ini juga dapat menarik ramai pengunjung dengan adanya "Taman Haiwan Prasejarah" dengan binaan model-model dinosaur bersaiz besar. 











Nampak macam best je kan.. Kemudian pada tahun 1984, Mimaland membina sebuah lagi kolam yang dikatakan kolam renang yang terbesar di Asia Tenggara pada waktu tu berserta papan luncur gergasi yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk ke situ. 




Selain itu disini juga terdapat tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'Giant Maze' serta kawasan untuk merentas rimba. Namun pada tahun 1993 satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana seorang pelancong warganegara Singapura telah terkorban ketika bermain papan gelonsor gergasi tersebut. Disebabkan kejadian itu, pihak Mimaland terpaksa penutup bahagian ini untuk melakukan penambahbaikkan. Namun pada tahun 1994, berlaku kerosakkan pada dinding kolam renang yang sama disebabkan tanah runtuh dan telah meyebabkan air lumpur mengalir kedalam kolam tersebut. 

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuh agensi kerajaan atas dakwaan kesalahan seperti kelemahan dalam sistem keselamatan dan telah menimbulkan beberapa masalah alam sekitar. Akhirnya Mimaland terpaksa ditutp buat selama-lamanya pada tahun 1994 namun peninggalannya masih lagi ada sehingga kini.




Ingin melihat peninggalannya boleh klik sini dan sini.


Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawa perancangan pembangunan daripada segenap aspek perlulah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan Penilaian Kesan Alam Sekitar sememangnya penting untuk mengelakkan kes-kes seumpama ini daripada berulang.


Ingin memiliki rumah sendiri? klik sini.

26 comments:

  1. Subhanallah... pekongsian bmakna..
    huhuhu...mcam nk pgi je..hehehe...
    ^_____________^

    ReplyDelete
  2. Hihihi kak fatin wawa selalu share cerita dulu2 yg qila takpernah2 tahu hehehe
    :D
    Thanks kak huhuhu.
    Wow first theme park
    kesiannya T_T dah tutup selama2nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb dah tak ada kan, so sbb tu kita x tahu kot. sama2.. :))

      Delete
  3. Inso yg sgt menarik.. saya suka.. t kasih..
    3x ikea lg sbg penghargaan entri.. :) :)

    ReplyDelete
  4. oooo baru tahu tentang pekara ini.. terima kasih perkongsiaannya

    ReplyDelete
  5. Salam! Perkongsian yang sangat menarik dan memberi pengetahuan baharu. Tak pernah tahu tentang Mimaland di Malaysia ni. Mungkin kalau tanya generasi mak ayah kita, mereka tahu agaknya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela.. sbb dah lama tutupkan.. betul tu, sbb ada juga filem dulu2 yg jadikan tmpt ini sbg lokasi penggambaran cthnya filem gila-gila remaja thn 80an dahulu kalau x silap, lakonan Faizal Hussien.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. tak pernah tahu pon tentang Mimaland.
    thanks for the sharing cik fatin.
    sayangnya tanah yg sebesar itu dibiarkan saja.

    :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sayangkan.. ditinggalkan mcm tu je.. sama-sama.. :)

      Delete
  8. yus tau pasal mimaland ni tahun lepas dari kawan2.. ade jugaklah dengar cerita2 kononnya ada hantuu kat situ.. hehehe.. btw, nice sharing kak, thanks. :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. mana taknyakan, tempat yg dah lama ditinggalkan. sama2 yus.. :)

      Delete
  9. dah lupa...teringat kembali kenangan yang telah berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. en.khairuddin mesti pernah pergikan dulu.. hehe..

      Delete
  10. mimaland merupakan satu percubaan malaysia dalam membina taman tema...tapi sayangnya kelemahan pertabiran membuatkan mereka gulung tikar. saya tak sempat pergi sini sebab dia tutup time sy darjah 4..mungkin family sy tak nak bawak sebab time tu reputasi mereka dah tercalar kot...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh.. kalau tak mesti lan sempat pergikan.. hehe..

      Delete
  11. nak bangunkan semua ini seharusnya mendapat kelulusan EIA terlebih dahulu..

    ReplyDelete
  12. pertama kali mama tahu akan kewujudan mimaland ni..

    ReplyDelete
  13. pernah terbaca pasal nie.. dari pembacaan naniey tu..taman tema nie popular sangat zaman filem Ali Setan.. ataupun Gila-Gila Remaja.. sebab ada scene buat kat taman tema ni..

    ReplyDelete
  14. nice info.. first time dengar pasal taman tu..

    ReplyDelete