Saturday 23 August 2014

Warisan

Assalamualaikum w.b.t..




Warisan.. Lagu ini adalah lagu patriotik yang paling aku suka, lebih-lebih lagi apabila ianya dinyanyikan oleh penyanyi asalnya Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad. Nyanyiannya lebih bersemangat dan menusuk kalbu. Memetik kata-kata Allahyarham Sudirman, 
"kemerdekaan sejati ialah memerdekakan diri daripada belenggu kemalasan dan kemunduran."
Sebagai rakyat yang cintakan negara ayuhlah bersama-sama memerdekakan diri dan memelihara warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita dan ini semua juga adalah untuk diwarisi oleh anak cucu kita dan generasi akan datang.

Selain itu video ini didekasikan khas kepada mangsa-mangsa tragedi MH370 dan MH17. Memetik bait-bait lirik lagu ini 
"Aku bukanlah perwira gagah menghunus senjata.. Namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri demi cinta ini.." 
Demi tugas, demi tanggungjawab kepada negara tercinta, mereka telah berjuang hingga ke hembusan nafas terakhir. Alhamdulillah hampir separuh jenazah rakyat Malaysia sudah berjaya dibawa pulang, dan semoga segala urusan membawa balik jenazah mangsa yang masih berbaki dipermudahkan. Semoga mereka bersemadi dengan aman di tanah air sendiri. v.v


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Salam Kemerdekaan ke-57.


#Notakaki: Antara lagu asal dengan yang ini mana anda lagi suka?


10 comments:

  1. amboiii..semangat kemerdekaan nampak..hehe

    ReplyDelete
  2. @munirah rahman buat post merdeka awal2.. sbb tkt nnt x sempat nak update. Next week quite busy. Nnt terbiar lg blog ni. hehe..

    ReplyDelete
  3. Arwah Sudirman adalah seniman yang patriotik. Sekarang ni, susah nak jumpa seniman yang bersemangat macam arwah.

    ReplyDelete
  4. pernah dgr Aizat dan Suki nyanyikan semula lagu ni tapi tak best lah, suka lagu yg asalnya lagi.. huhu

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah kpd allahyarham Sudirman... merdeka adalah warisan kita utk generasi seterusnya.. Merdeka!!

    ReplyDelete