Friday 21 November 2014

Pengajaran

Assalamualaikum w.b.t..

Susah betul nak update blog ni sekarang, so jadilah kita macam cipsmore. Sekarang dah hampir hujung bulan November, musim hujan lebih2 lagi kawasan belah pantai timur. Apa-apa pun dengan cuaca sekarang ni memang sangat penting untuk menjaga kesihatan. Orang2 kat ofis aku pun dah ramai yang kena selesema, harap2 tak berjangkitlah kat den. Susah nak kerja kalau tak sihat.

Setahun yang lepas masa ni masih struggle menyiapkan FYP, sampai demam2. Dan tak sangka hujung tahun ni dah kerja, tahun depan mana tau mungkin dah kahwin kan. Kihkih.. Macam tulah kan hidup berubah. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi, apa yang bakal kita dapat. Harap2 lepas ni akan ada rezeki yang lebih baik. Mula2 kerja dugaan jugalah terutamanya rumah sewa. Jauh dari tempat kerja dan juga orang2 dalam rumah tu. One thing yang aku susah nak terima adalah they're smoking. Yes, of course they're girls. Takkan aku duk ngan jantan pulakan. Aku memang alergik dengan asap rokok, dan aku tak suka. Rumah dengan ventilation yang tak berapa ok. Malam pertama aku kat situ nyamuk sangat banyak, kipas tak ada. Seriously tak boleh nak tidur, nyamuk menyanyi2 kat tepi telinga. Satu benda terlintas "Oh, matilah aku!" T.T Bangun pagi dah merah satu badan, nyamuk kekenyangan bergelimpangan atas lantai. Bila aku terpijak darah bertompok atas lantai. Lama2 boleh kena denggi juga ni. So, the next day lepas balik kerja semua jenis ubat nyamuk aku angkut.

Alhamduillah rumah sekarang lagi selesa walaupun agak mahal. Keselamatan lebih utama, duit boleh dicari. Pengajaran yang aku dapat, lain kali hati2, jangan mudah percaya sangat pada orang. Kadang2 orang memang sanggup menipu atau buat apa saja asalkan diri mereka terlepas daripada masalah hidup.


17 comments:

  1. selamat berkerja :) jaga kesihatan :)

    ReplyDelete
  2. betul..sekarang banyak sangat penyakit yg senang berjangkit..kena lebih berhati hati..

    ReplyDelete
  3. @nadia mansor mencegah lebih baik daripada mengubati.. :)

    ReplyDelete
  4. Slmt bekerja Wawa.. tak pe, selagi timbul di alam maya, akan ttp singgah.. in shaa Allah.. Salam berblogging & salam ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  5. @Khir Khalid InsyaAllah.. terima kasih En. Khir.. :)

    ReplyDelete
  6. sebuah pengajaran yang menginspirasi langkah saya kedepan dalam menapaki kehidupan, betapa pengajaran adalah pengalaman yang berharga untuk kita selalu waspada dalam segala hal
    salamsehat dan ceria selalu

    ReplyDelete
  7. mistake is the best teacher kan..? hehehe.. lepas ni hati2.. :)

    lama x singgah sini.. nmpaknya khir khalid dah nk potong rekod komen terbanyak kat sini ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. @Mang Lembu salam ceria selalu juga buat saudara.. Terima kasih sudi singgah.. :)

    ReplyDelete
  9. @Pha Is Betul tu pha is.. bila lalui pengalaman yang menakutkan dan seumpamanya akan membuatkan kita lebih berhati2 selepas tu.

    Biasalah berblogging tenggelam timbul dah tak boleh nak consistent macam dulu.. hehe..

    ReplyDelete
  10. yup...betul tu...Rumah perkara yg penting perlu dititik beratkan...Selamat bekerja wawa :)

    ReplyDelete
  11. pengalaman yg kita lalui mengajar kita erti kehidupan yg sebenar,,
    alhamdulilah semuanya ok ..yg pntg alhamdulilah dah keje..

    ReplyDelete
  12. Kann qila pun tak selalu update ish nak perah otak lagi oh oh payah betul hiks

    ReplyDelete
  13. Btw take care of urself kak chipsmore hihihih

    ReplyDelete