Thursday 30 April 2015

REVIEW: KEKASIH WAKTU

Assalamualaikum w.b.t..

Tajuk: Kekasih Waktu
Penulis: Noor Suraya
Terbitan: Adiwarna (2014)

SINOPSIS:
Mencintai itu seperti menjaga.
Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa.

Itulah yang Najaah buat untuk Zaynn yang dia cinta. Sungguhpun mereka suka bertikam lidah. tetapi dalam diam dia tetap menatang hati Zaynn. Sayangnya, hanya ada Dian Zahra dalam hati Zaynn. Tidak terlintas untuk Zaynn jatuh kasih pada adik tiri sendiri. Kalau jatuh kasihan itu adalah. 

Kerana hakikat cinta itu damai.
Mendamaikan dua hati yang bertentangan.

"Cuba Najaah buka hati pada orang, tentu hidup Najaah lebih bermakna."
"Umi dulu?"
"Umi doakan Najaah dapat jodoh dengan pemuda baik-baik." Dr Farhanah ibu tirinya itu enggan bercerita tentang sejarah hati sendiri.

Hakikatnya cinta itu dekat.
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

13 tahun yang berlalu.
Dr. Farhanah selalu merasakan dia sudah berjaya memikat hati suami seperti jalinan permaidani Kashmir; teguh dan kuat. Tetapi hati lelaki bukan begitu fitrahnya. ada waktunya dia terlepas bebas bak layang-layang ditiup angin. 

Siapa pun bersetuju yang rumah tangga itu seperti sehelai permaidani. Semakin lama semakin bernilai dan mahal. Kita tidak akan mudah-mudah membeli yang baharu kalau kita sudah memiliki sebidang yang cantik dan berharga dirumah.

Benarlah pepatah Arab berkata, perkahwinan itu pertemuan dua hati yang ada seribu perbezaan. Jadi, usah diungkit kalau kita tak serupa. 

...................................................

Novel ni aku beli awal tahun hari tu. Baru sempat nak reviu. Dan semestinya banyak lagi novel yang akan direviu. Kebanyakkan novel terbitan Jemari Seni dan Adiwarna menjadi pilihan kerana kebanyakkan novelnya lebih segar dan manis. :D Temanya yang pelbagai, tidak seperti kebayakkan novel sekarang yang temanya klise, pusing2, pi mai pi mai tang tu jugak.

Ok, ini novel dari Kak Su, yang mana beliau merupakan salah seorang penulis kegemaran aku. plot cerita dan bahasanya sungguh manis, dan aku suka pantun2 yang diselit2 pada setiap header ataupun footer setiap bab. Kadang2 sampai senyum sorang2. Ngehngehngeh... 

Cerita Kekasih Waktu ni mengisahkan tentang Zaynn seorang pelajar Medik di India, seorang lelaki yang dicintai oleh adik tirinya sendiri dalam diam namun hatinya sudah terpaut pada Dian anak kedutaan Malaysia di India. Walaupun tidak direstui oleh ibunya Dian yang menganggap Zaynn ni macam belajar-tak-habis-habis tetapi hasil restu daripada bapanya Dian akhirnya mereka berjaya juga mengikat tali pertunangan sedangkan dalam diam ada hati yang terluka.

Latar tempat didalam novel ini seperti di Taj Mahal, beberapa lagi tempat di India, di kem pelarian Peshawar ketika Zaynn menyertai misi kemanusiaan diceritakan dengan sangat menarik. Tapi pengakhiran ceritanya.... Memang tak dapat tahan air mata (lantaklah orang nak cakap, eleh.. baca novel pun nangis ke ape..) tapi serius touching endingnya. Eh..eh.. takleh la nak citer lebih2.. Kalau berminat bolehlah pergi cari novel ni, pesta buku PBAKL 2015 pun buka lagi tu sampai 3 Mei ni (kan?), kat situ boleh dapat diskaun best punya. Hehe.. So, untuk novel yang ni Nora bagi 5 bintang! Lip! Lap! Lip! Lap! :D